Assalamualaikum...
Selama ini kumencari-cari,
Teman yang sejati,
Buat menemani
Perjuangan suci...
Maha Suci Allah yang menciptakan alam ini dengan penuh kesempurnaan dan kecantikan. Alhamdulillah, ana panjatkan rasa syukur kerana masih berpeluang berkongsi ilmu melalui nukilan pendek ini. Moga-moga ia mampu membersihkan jiwa dan menebalkan iman di hati antum sekalian.
Anda tentu pernah mendengar bait lagu di atas.. Walaupun ringkas tetapi cukup padat dengan makna yang tersirat. Siapa sebenarnya teman sejati anda? Adakah anda telah menemukannya hingga ke saat ini? Jika ya, maka syabas ana ucapkan dan teruskanlah persahabatan itu atas dasar taqwa. Namun jika masih lagi buntu untuk mencarinya, maka janganlah bersedih sama sekali. Janganlah beranggapan sekiranya anda tidak memiliki teman sejati, maka anda akan keseorangan dan hidup dalam kebosanan. Tidak sama sekali!
Anda sebenarnya tidak keseorangan di dunia ini. Dimana-mana sekalipun, masih ada yang membutuhkan jalinan persahabatan daripada anda. Walaupun anda duduk berseorangan sekalipun, tetapi ia tetap ada untuk menemani anda di kal susah atau senang. Cuma mungkin anda sendiri yang tidak menyedari kehadirannya di sisi anda. Dialah sebenarnya teman sejati yang anda cari selama ini. Dialah sebenarnya yang paling setia kepada anda. Dialah juga yang bersedia mendengar segala rintihan dan tangisan anda. Malah di kala senang, Dialah juga tempat bagi anda berkongsi kegembiraan dan menyatakan rasa syukur yang tidak terhingga. Walau bagaimanapun, kita masih tetap melupakannya.
Saudaraku, ada dalam kalangan kita yang sanggup merantau ke seluruh pelosok dunia semata-mata untuk mencari teman sejati mereka.Namun ana tak menghalang tindakan sedemikian kerana itu berdasarkan kehendak diri masing-masing. Namun adakah mereka yang dikatan benar-benar teman sejati anda? Sanggupkah mereka meluangkan masa walaupun seketika untuk mendengar keluhan dalam diri antum? Atau adakah mereka dapat membantu anda setiap kali diri anda mengalami kesusahan? Fikirkanlah wahai sahabat yang amat kucintai...
Ya sahabi, tak dapat dinafikan setiap insan memerlukan teman dalam meniti ranjau kehidupan. Malah dalam dakwah sekalipun, mutarabbi memerlukan seorang murabbi untuk membimbingnya sepanjang kehidupan. Maka sebagai saranan, ambillah ia yang ana katakan sebentar tadi sebagai teman sehidup semati anda. Insyaallah selagi anda berkawan dengan-Nya, Dia takkan pernah lari dan meninggalkan anda sekalipun.
wallahualam
Wednesday, February 3, 2010
Sunday, January 31, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)